Powered By Blogger

Wednesday 14 December 2011

Penjagaan Tumbuhan Akuatik

Penjagaan tumbuhan akuatik

  1. Tumbuhan akuatik di dalam akuarium perlu dijaga supaya hidup sihat untuk mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen di dalam air.
  2. Penjagaan tumbuhan akuatik melibatkan penjagaan air yang bersih, membaja,membekalkan cahaya, dan membekalkan karbon dioksida.
  3. Cahaya diperlukan oleh tumbuhan akuatik untuk proses fotosintesis. Oleh itu gunakan lampu akuarium yang sesuai untuk membekalkan sumber cahaya di dalam akuarium.
  4. Gas karbon dioksida juga diperlukan oleh tumbuhan akuatik untuk proses fotosintesis. Gas ini dapat dibekalkan dengan menggunakan alat khas.
  5. Elakkan membekalkan gas karbon dioksida secara berlebihan kerana ia akan menjejaskan kehidupan ikan di dalam akuarium.

Penyakit Ikan Hiasan

Penyakit ikan hiasan

  1. Ikan hiasan di dalam akuarium boleh diserang penyakit.
  2. Ikan yang diserang penyakit boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang dapat diperhatikan seperti yang berikut:-
  • murung dan pasif.
  • badan yang kurus.
  • warna badan pudar dan pucat.
  • sirip-sirip ikan longlai atau koyak.
  • ada kesan luka, kulat atau bintik-bintik.
     3.  Punca ikan hiasan mandapat penyakit adalah kerana:-

  • serangan bakteria, kulat dan parasit yang terdapat di dalam akuarium.
  • air yang kotor.
  • suhu air yang terlalu rendah atau tinggi.
  • kekurangan vitamin pencegahan penyakit.
  • terdapat ikan pembawa penyakit.

Pembersihan Akuarium

Pembersihan akuarium

  1. Oksigen dan aksesorinya akan menjadi kotor setelah beberapa lama digunakan.
  2. Kekotoran dalam akuarium akan menjejaskan kandungan oksigen dan kualiti air.
  3. Akuarium menjadi kotor kerana najis ikan, makanan berlebihan, lumut, bakteria dan kutu air.
  4. Akuarium yang kotor perlu dibersihkan.
  5. Cara membersihkan akuarium adalah seperti yang berikut:-
  • matikan punca bekalan elektrik.
  • bersihkan dinding akuarium dengan dengan menggunakan span bersih.
  • keluarkan 2/3 bahagian air yang kotor dari akuarium dengan menggunakan hos getah
  • keluarkan semua aksesori yang terdapat di dalam akuarium dan bersihkan. Kemudian masukkan semula ke dalam akuarium setelah dibersihkan.
  • bersihkan penapis dari kotoran dan jika perlu ganti span penapis dengan yang baru.
  • isi akuarium yang telah dibersihkan dengan air bersih. Campurkan bahan antiklorin mengikut sukatan yang betul jika menggunakan air paip.

Kandungan Oksigen

Kandungan oksigen
1. Oksigen yang terlarut di dalam air membolehkan ikan bernafas.
2. Ikan memerlukan oksigen yang mencukupi untuk bernafas.
3. Oksigen di dalam air diperoleh dengan cara udara yang ada di sekeliling, dari tumbuhan akuatik yang ditanam di dalam akuarium, dan dari pam udara yang dipasang.
4. Tumbuhan akuatik di dalam akuarium pula akan menggunakan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh ikan hiasan untuk proses fotosintesis.

Suhu Air

Suhu Air
1. Ikan hiasan sesuai hidup di dalam air yang mempunyai suhu bilik.
2. Suhu bilik adalah sekitar 26'C hingga 27'C.
3. Ikan akan mati jika dipelihara di dalam air yang mempunyai suhu yang tinggi atau terlalu rendah.

Kandungan pH Air

Kandungan pH air
1. Kadar kemasaman air ditunjukkan oleh kandungan pH.
2. Air menjadi masam kerana mengandungi asid yang tinggi.
3. Kandungan asid di dalam air dapat diketahui dengan menguji air menggunakan meter pH atau kertas pH.
4. Air yang sesuai digunakan untuk memelihara ikan di dalam akuarium adalah yang mempunyai nilai pH antara 6.5 - 7.5.
5. Air yang mempunyai pH kurang dari 6.5 dan melebihi 7.5 tidak sesuai untuk memelihara ikan di dalam akuarium.

Kebersihan Air

Kebersihan air
1. Air untuk memelihara ikan diperoleh dari pelbagai sumber seperti air sungai, air tasik, air hujan, dan air paip.
2. Air yang digunakan untuk untuk memelihara ikan di dalam akuarium mestilah bersih dari kekotoran, bahan kimia, racun, dan bakteria.
3. Air paip mengandungi klorin yang tidak sesuai untuk ikan hidup. Oleh itu kandungan klorinnya perlu dinyahkan dengan menggunakan bahan antiklorin.