Powered By Blogger

Wednesday, 14 December 2011

Penjagaan Tumbuhan Akuatik

Penjagaan tumbuhan akuatik

  1. Tumbuhan akuatik di dalam akuarium perlu dijaga supaya hidup sihat untuk mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen di dalam air.
  2. Penjagaan tumbuhan akuatik melibatkan penjagaan air yang bersih, membaja,membekalkan cahaya, dan membekalkan karbon dioksida.
  3. Cahaya diperlukan oleh tumbuhan akuatik untuk proses fotosintesis. Oleh itu gunakan lampu akuarium yang sesuai untuk membekalkan sumber cahaya di dalam akuarium.
  4. Gas karbon dioksida juga diperlukan oleh tumbuhan akuatik untuk proses fotosintesis. Gas ini dapat dibekalkan dengan menggunakan alat khas.
  5. Elakkan membekalkan gas karbon dioksida secara berlebihan kerana ia akan menjejaskan kehidupan ikan di dalam akuarium.

Penyakit Ikan Hiasan

Penyakit ikan hiasan

  1. Ikan hiasan di dalam akuarium boleh diserang penyakit.
  2. Ikan yang diserang penyakit boleh dikenal pasti melalui beberapa simptom yang dapat diperhatikan seperti yang berikut:-
  • murung dan pasif.
  • badan yang kurus.
  • warna badan pudar dan pucat.
  • sirip-sirip ikan longlai atau koyak.
  • ada kesan luka, kulat atau bintik-bintik.
     3.  Punca ikan hiasan mandapat penyakit adalah kerana:-

  • serangan bakteria, kulat dan parasit yang terdapat di dalam akuarium.
  • air yang kotor.
  • suhu air yang terlalu rendah atau tinggi.
  • kekurangan vitamin pencegahan penyakit.
  • terdapat ikan pembawa penyakit.

Pembersihan Akuarium

Pembersihan akuarium

  1. Oksigen dan aksesorinya akan menjadi kotor setelah beberapa lama digunakan.
  2. Kekotoran dalam akuarium akan menjejaskan kandungan oksigen dan kualiti air.
  3. Akuarium menjadi kotor kerana najis ikan, makanan berlebihan, lumut, bakteria dan kutu air.
  4. Akuarium yang kotor perlu dibersihkan.
  5. Cara membersihkan akuarium adalah seperti yang berikut:-
  • matikan punca bekalan elektrik.
  • bersihkan dinding akuarium dengan dengan menggunakan span bersih.
  • keluarkan 2/3 bahagian air yang kotor dari akuarium dengan menggunakan hos getah
  • keluarkan semua aksesori yang terdapat di dalam akuarium dan bersihkan. Kemudian masukkan semula ke dalam akuarium setelah dibersihkan.
  • bersihkan penapis dari kotoran dan jika perlu ganti span penapis dengan yang baru.
  • isi akuarium yang telah dibersihkan dengan air bersih. Campurkan bahan antiklorin mengikut sukatan yang betul jika menggunakan air paip.

Kandungan Oksigen

Kandungan oksigen
1. Oksigen yang terlarut di dalam air membolehkan ikan bernafas.
2. Ikan memerlukan oksigen yang mencukupi untuk bernafas.
3. Oksigen di dalam air diperoleh dengan cara udara yang ada di sekeliling, dari tumbuhan akuatik yang ditanam di dalam akuarium, dan dari pam udara yang dipasang.
4. Tumbuhan akuatik di dalam akuarium pula akan menggunakan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh ikan hiasan untuk proses fotosintesis.

Suhu Air

Suhu Air
1. Ikan hiasan sesuai hidup di dalam air yang mempunyai suhu bilik.
2. Suhu bilik adalah sekitar 26'C hingga 27'C.
3. Ikan akan mati jika dipelihara di dalam air yang mempunyai suhu yang tinggi atau terlalu rendah.

Kandungan pH Air

Kandungan pH air
1. Kadar kemasaman air ditunjukkan oleh kandungan pH.
2. Air menjadi masam kerana mengandungi asid yang tinggi.
3. Kandungan asid di dalam air dapat diketahui dengan menguji air menggunakan meter pH atau kertas pH.
4. Air yang sesuai digunakan untuk memelihara ikan di dalam akuarium adalah yang mempunyai nilai pH antara 6.5 - 7.5.
5. Air yang mempunyai pH kurang dari 6.5 dan melebihi 7.5 tidak sesuai untuk memelihara ikan di dalam akuarium.

Kebersihan Air

Kebersihan air
1. Air untuk memelihara ikan diperoleh dari pelbagai sumber seperti air sungai, air tasik, air hujan, dan air paip.
2. Air yang digunakan untuk untuk memelihara ikan di dalam akuarium mestilah bersih dari kekotoran, bahan kimia, racun, dan bakteria.
3. Air paip mengandungi klorin yang tidak sesuai untuk ikan hidup. Oleh itu kandungan klorinnya perlu dinyahkan dengan menggunakan bahan antiklorin.

Kandungan Mutu Air Akuarium

Kandungan mutu air akuarium.
1. Air adalah sumber utama di dalam akuarium untuk ikan hidup.
2. Untuk memastikankan ikan hidup sihat kita mestilah mengetahui beberapa perkara mengenai mutu air, kebersihan air, kandungan pH air, suhu air, dan kandungan oksigen dalam air.

Kekerapan Memberi Makanan

Kekerapan memberi makanan
1. Ikan hiasan di dalam akuarium perlu diberi makan tiga kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, dan petang.
2. Beri makan ikan secukupnya tetapi jangan berlebihan.
3. Tukar jenis makanan dari masa ke semasa.
4. Elakkan memberi makanan secara berlebihan kerana hal ini akan mengotorkan air akuarium.

Jenis Makanan Mengikut Spesies Ikan

Jenis makanan mengikut spesies ikan.
1. Ikan hiasan yang dipelihara memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, vitamin, dan air secara seimbang.
2. Ikan yang mendapat makanan yang seimbang akan sentiasa sihat, cergas, aktif, dan tidak mudah diserang penyakit.
3. Jadual yang berikut menunjukkan jenis-jenis makanan yang sesuai mengikut spesies ikan.

  • Makanan hidup/makanan basah- tiger barb, discus, guppy, kelisa
  • Makanan kering- scissortail, rasbora, bala shark, molly
  • Makanan rumusan- tiger barb, angelfish.

Mengenal dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan

Mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan
1. Ikan memerlukan makanan seimbang untuk hidup sihat, cergas, aktif, dan tidak mudah diserang penyakit.
2. Makanan ikan membekalkan karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, dan vitamin yang diperlukan oleh ikan.
3. Makanan terbahagi kepada dua iaitu makanan semulajadi dan makanan berproses.
4. Makanan semulajadi pula dalam bentuk hidup, basah atau kering.
5. Contoh makanan yang hidup adalah anak ikan ,anak udang, serangga, ulat roti, cacing jentik-jentik, rumpai air, lumut, dan plankton.
6. Makanan basah seperti hati lembu, kerang sayuran seperti salad dan bayam.
7. Manakala makanan kering pula adalah makanan yang telah dikeringkan seperti cacing yang telah diawet dan roti.

Pengurusan

Pengurusan
1. Ikan hiasan yang telah ditempatkan di dlam akuarium perlu diurus dan dijaga setiap masa.
2. Kerja mengurus dan menjaga ikan hiasan termasuklah:-

  • memberikan makanan.
  • membersihkan akuarium, menukarkan air, dan mencuci penapis.
  • menjaga tumbuhan akuatik.
  • mengenal, mencegah, dan merawat penyakit ikan.

Menyediakan Dan Menghias Akuarium

Menyediakan Dan Menghias Akuarium
1. Sediakan sebuah akuarium untuk memelihara ikan hiasan.
2. Peralatan asas yang diperlukan dalam sebuah akuarium adalah pam udara dan penapis.
3. Kepingan polisterina diperlukan sebagai alas akuarium yang dibuat dari kaca supaya tidak mudah pecah.
4. Pam udara berfungsi mengepam udara yang mengandungi oksigen dalam air di akuarium.
5. Udara yang ada di dalam air akan mengekalkan suhu air dan membekalkan oksigen yang cukup kepada ikan.
6. Penapis diperlukan untuk menapis kekotoran yang terdapat di dalam air akuarium.
7. Cara menyediakan sebuah akuarium untuk memelihara ikan hiasan adalah seperti yang berikut:-

  • sediakan bahan dan kelengkapan akuarium.
  • bersihkan akuarium dengan menggunakan span.
  • bersihkan bahan hiasan seprti batu, kayu buruk, dan pasir dengan menggunakan air bersih.
  • letakkan alas di bahagian dasar akuarium. Kemudian masukkan pasir, batu, kayu buruk, dan pasir akuarium.
  • pasangkan pam udara dan penapis pada akuarium.
  • masukkan air dan bahan antiklorin ke dalam air jika menggunakan air paip.

Memilih Akuarium atau Bekas dan Aksesori

Memilih Akuarium atau Bekas dan Aksesori
1. Akuarium atau bekas untuk memelihara mestilah dipilih mengikut kesesuaian ikan yang hendak dipelihara.
2. Akuarium mempunyai pelbagai saiz dan bentuk seperti bulat, segi empat, dan sebagainya.
3. Akuarium atau bekas biasanya dibuat dari bahan kaca atau plastik.
4. Aksesori bermaksud peralatan dan bahan tambahan yang digunakan di dalam akuarium.
5. Aksesori tambahan digunakan di dalam akuarium bertujuan:

  • mencantikkan bahagian dalam akuarium.
  • mewujudkan habitat yang sesuai untuk ikan di dalam akuarium.
  • mewujudkan suasana harmoni antara ikan dan tempat tinggalnya.
6. Antara aksesori tambahan yang digunakan adalah:

  • Poster
  • Kayu buruk atau akar kayu
  • Tumbuhan akuatik
  • Batu
  • Pasir
  • Lampu
  • Model




Menanam Tumbuhan Akuatik

Menanam tumbuhan akuatik
1. Tumbuhan akuatik boleh ditanam di dalam akuarium.
2. Tumbuhan akuatik yang ditanam memerlukan cahaya matahari, oksigen, karbon dioksida, dan air yang mencukupi.
3. Cara menanam mencukupi.

  • Pilih tumbuhan akuatik yang sesuai
  • Bersihkan pasir atau tanah dari akar atau pokok.
  • Ikat pokok akuatik pada kayu buruk dengan menggunakan tali tangsi.
  • Letakkan pokok akuatik yang telah diikat kedalam akuarium yang telah disediakan.
  • Menanam pokok akuatik dilakukan selepas semua bahan hiasan seperti batu, kayu, pasir, air, dan sebagainya dimasukkan ke dalam akuarium.

Jenis-jenis Tumbuhan Akuatik

Jenis-jenis Tumbuhan Akuatik
1. Tumbuhan akuatik terbahagi kepada tumbuhan akuatik yang terapung dan tumbuhan akuatik yang tenggelam.
2. tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air adalah seperti pokok kiambang, pokok teratai, dan keladi bunting.

  • Pokok kiambang




  • Pokok Teratai






  •  Pokok keladi bunting





3. Tumbuhan akuatik yang hidup tenggelam di bawah permukaan air pula adalah seperti Cabomba, Red telenthera, dan Java fern.

  • Cabomba





  • Red telenthera




  • Java fern



Mengenal dan Memilih Tumbuhan Akuatik.

Mengenal dan memilih tumbuhan akuatik.
1. Tumbuhan akuatik adalah tumbuhan yang hidup di dalam air.
2. Tujuan menanam tumbuhan akuatik adalah:-

  • membekalkan oksigen terlarut di dalam air yang akan digunaklan oleh ikan hiasan.
  • mencantikkan akuarium.
  • menjadikan tempat ikan berehat dan berlindung.
  • menjadi makanan sampingan ikan yang dipelihara.

Memilih Ikan Hiasan

Memilih ikan hiasan.
1. Kita haruslah memilih ikan hiasan yang sesuai untuk dipelihara.
2. Antara faktor utama yang perlu difikirkan untuk memelihara ikan hiasan adalah:

  • ikan yang dipilih mestilah mudah dipelihara.
  • tahan dengan serangan penyakit.
  • tahan dengan perubahan suhu dan mutu air.
  • boleh bercampur dengan ikan jenis lain.
  • saiz ikan yang dipelihara hendaklah sesuai dengan saiz akuarium yang ada.

Penyediaan Bekas

Penyediaan bekas.



1. Bekas untuk memelihara ikan hiasan dinamakan akuarium.
2. Ada pelbagai jenis dan bentuk akuarium seperti yang berikut :-

  • akuarium kaca
  • akuarium plastik
  • akuarium kaca (bulat)
  • akuarium kaca berbadan kayu
  • akuarium kaca berbingkai aluminium
3. Untuk memilih akuarium yang sesuai, anda perlu fikirkan: 

  • jenis, saiz, dan jumlah ikan yang akan dipelihara.
  • lokasi di mana akuarium akan ditempatkan.

Ikan Pelaga (Betta Splendens)

Ikan Pelaga (Betta Splendens)



Warna : Biru kehitaman dan Kemerahan.
Saiz : 60 mm panjang.
Asal : Thailand.
Cara menjaga : Mudah.
Makanan : Semua jenis makanan ikan.
Jantina : Ikan jantan mempunyai sirip yang lebih besar dan kembang daripada ikan betina.
Pembiakan : Bertelur (Telur disimpan di bawah sarang bertelur buih di atas permukaan).

Angelfish (Pterophyllum scalare)

Angelfish (Ptherophyllum Scalare)
Warna : Putih, keperakan, kebiruan, dan berbelang hitam.
Saiz : 110 mm panjang.
Asal : Amerika Selatan.
Cara menjaga : Mudah.
Makanan : Semua jenis makanan ikan.
Jantina : Ikan jantan mempunyai salur pernafasan yang lebih besar daripada ikan betina.
Pembiakan : Bertelur (Telur disimpan dicelah batu atau daun di dalam akuarium).

Tuesday, 13 December 2011

Ikan Mas Oranda

Ikan Mas Oranda


Warna : Putih, hitam, kekuningan, dan kemerahan.
Saiz : 120 mm panjang.
Asal : China
Cara menjaga : Mudah
Makanan : Semua jenis makanan ikan.
Jantina : Ikan jantan mempunyai bonjal pernafasan di kepala dan di penutup insang.
Pembiakan : Bertelur (Telur ditabur di bahagian dasar akuarium)

Guppy

Guppy (Poecillia reticulata)
Warna : Putih, Keperakan, kemerahan, dan keemasan.
Saiz : 30 mm panjang.
Asal : Trinidad
Cara menjaga : Mudah
Jantina : Ikan betina lebih besar daripada ikan jantan.
Pembiakan : Bertelur (Telur di dalam badan ikan betina)

Mengenal Bahagian Luar Ikan

Mengenali bahagian luar ikan
1. Bahagian ikan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.
2. Setiap bahagian luar ikan mempunyai fungsi tertentu.
3. Yang berikut adalah bahagian luar ikan hiasan.
Bahagian luar ikan:

  • Sirip dorsal/sirip anal - Membantu ikan bergerak lurus.
  • Sirip kaudal/ekor - Membantu ikan bergerak ke hadapan.
  • Sirip pektoral/sirip pelvik - Berfungsi untuk berpusing, berundur, mengapung, dan mengimbang.
  • Sisik - Melindungi badan ikan daripada musuh, kecederaan, dan penyakit.
  • Penutup insang - Melindungi insang. Ikan menyerap oksigen melalui insang.
  • Garisan lateral - Berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air.
  • Dubur - Menbuang najis.
  • Mulut - Untuk makan dan menyedut air untuk mendapatkan oksigen.
  • Mata - Untuk melihat. Ikan tidak mempunyai kelopak mata.

Ikan Hiasan

Jenis-jenis ikan hiasan tropika :-
 (a) Tiger Bard




(b) Angel Fish






 (c) Gauromi


(d) Kelisa



Ikan hiasan tropika mempunyai warna yang cantik dan menarik.
Ikan ini sesuai dipelihara di dalam air tawar atau dalam air masin.

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan :-
Antara tujuan memelihara ikan hiasan adalah:
1.mengindahkan ruang kediaman
2. memberi ketenangan perasaan setelah penat bekerja
3. menghayati hidupan akuatik semula jadi di dalam akuarium atau kolam yang kita buat
4. menyemai perasaan sayang pada hidupan akuatik
5. mengetahui tentang hidupan akuatik dan cara menjaga air.

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan
1. ikan hiasan dipelihara kerana mempunyai ciri-ciri yang istimewa.
2. ciri-ciri istimewa yang terdapat pada ikan hiasan adalah dari aspek :-
   a. warna badan yang cantik.
   b. sisik yang menarik.
   c. bentuk badan yang pelbagai seperti pipih, panjang, bulat, dan sebagainya
3. warna pada badan ikan berbeza mengikut spesis dan jantinanya. Biasanya ikan jantan mempunyai warna yang lebih jelas dan menarik
4. sisik ikan yang melindungi badan juga berbeza mengikut spesis. Ada ikan bersisik kasar, sederhana, dan halus.